Salam semua!...Lama saya tak tulis apa-apa artikel untuk masa yang lama. Maklumlah yang aku ni memang pemalas sangat nak tulis yang ni dan hari ni saya berkongsi ilmu mengenai apa yang aku dapat sebelum ini.
Selalunya tujuan utama pengguna menggunakan sambungan Rangkaian Persendirian Maya ataupun Virtual Private Network (VPN) adalah untuk melindungi privasi pengguna daripada dipantau oleh pelbagai pihak seperti pihak penyedia internet (ISP), dan sebagainya. Ada juga digunakan untuk melepasi kuota broadband yang selalu melepasi had penggunaan. Namun ada satu perkara yang membuatkan ramai pengguna tak sedar mengenai hal ini iaitu Kebocoran DNS ataupun DNS Leak.
Kebocoran DNS ataupun DNS Leak berlaku apabila sambungan VPN yang anda buat tiba-tiba menggunakan DNS dari ISP yang menyebabkan ISP memantau segala aktiviti internet anda walaupun anda menggunakan sambungan VPN.
Contoh kebocoran DNS berlaku dalam Windows 7 apabila menggunakan salah satu sambungan VPN.
Contoh keadaan bila tidak berlakunya kebocoran DNS apabila diuji dalam laman www.dnsleaktest.com
Tanda-tanda kebocoran DNS
Ketika anda sambung rangkaian VPN ke salah satu server negara lain, contohnya server negara Jepun; biasanya, apabila anda sambungkan rangkaian server VPN Jepun dan anda mengakses laman Google, anda akan dapati bahawa pautan laman Google adalah seperti www.google.co.jp. Akan tetapi, tiba-tiba anda mendapati bahawa URL pautan laman Google adalah www.google.com.my yang bermakna akses laman Google dari server VPN negara tersebut dilencongkan ke laman Google negara sendiri.
Kadang-kala simptom ini tidak berlaku, akan tetapi, apabila anda melakukan ujian kebocoran DNS, hasilnya adalah sebaliknya.
Bagaimana untuk mengenalpasti samada sambungan VPN tersebut mengalami kebocoran DNS?
Anda boleh mengakses laman www.dnsleaktest.com untuk membuat ujian samada akses VPN tersebut. Jika anda mendapati bahawa terdapat DNS yang datang dari ISP anda, bahawa kebocoran DNS memang berlaku seperti yang tertera dalam gambar di atas sekali tadi.
Biasanya, platform Windows selalu mengalami masalah kebocoran DNS manakala platform Linux pula agak jarang untuk mengalami kes sebegini.
Bagi pengguna Windows yang menggunakan sambungan VPN melalui OpenVPN, ada caranya untuk mengatasi masalah ini dengan memasang satu perisian khusus yang digunakan bertujuan untuk mengatasi masalah kebocoran DNS dan seteusnya menjamin keselamatan ketika menggunakan internet. Anda bolehlah lawati pautan ini, http://www.dnsleaktest.com/how-to-fix-a-dns-leak.php dan di situ ada panduan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Ok...itu saja...sekian...