Anda menggunakan Linux setiap hari.. Namun, adakah anda tahu mengenai Linux? Video di bawah ini menerangkan serba sedikit mengenai Linux. Jom tonton..
Friday, 6 April 2012
Tuesday, 3 April 2012
FUDCon:KualaLumpur 2012
Assalamualaikum..
FUDCon adalah singkatan kepada Fedora Users and Developer's Conference, merupakan satu peluang kepada semua penyumbang atau pengguna Sistem Operasi Fedora untuk berjumpa dan belajar. Acara ini adalah percuma dan terbuka kepada semua.
Acara ini akan diadakan di Kolej Universiti Inovasi & Teknologi Asia Pasific (UCTI), Bukit Jalil.
Untuk mengetahui serba sedikit bagaimana acara FUDCon itu berlansung, anda boleh menonton video the North American FUDCon 2009.
Dan untuk perkembangan terkini, anda boleh ikuti Fedora Malaysia Google+ Page.
Pendaftaran adalah percuma dan terbuka kepada semua. Pendaftaran boleh dilakukan di SINI
[Rujukan : fedora.my]
Monday, 2 April 2012
Ubuntu Precise Pangolin Release Party
Assalamualaikum...
Kepada pengguna dan penggemar Sistem Operasi Ubuntu terutama di sekitar KL & Selangor, Ubuntu Malaysia LoCo Team akan menganjurkan satu acara iaitu Ubuntu Precise Pangolin Release Party.
Maklumat acara adalah seperti berikut.
Tarikh : April 29, 2012
Masa : 10.00 pagi - 6 petang
Tempat : 20 Jalan Dahlia 9/4 Taman Dahlia Bandar Baru Salak Tinggi Sepang 43900 Selangor.
Undangan dibuka sehingga 12/4/2012. Untuk memberikan masa kepada pihak penganjur menjalankan perbincangan dan persiapan yang perlu. Bagi sesiapa yang berminat, bolehlah sahkan kehadiran anda di SINI.
Aktiviti yang dicadangkan:
1. Pemecahan air batu (ice-breaking)
2. Gotong-royong masak
3. Pemasangan 12.04 ramai2
4. Perbincangan tentang Precise
5. Perbincangan tentang Ubuntu-My
6. Games n stuff
7. Tukar2 hadiah (1 keluarga 1 hadiah, kurang dari RM10)
8. Gotong-royong bersih rumah
Mari sama-sama memeriahkan acara [",]
Sunday, 1 April 2012
Precise Pangolin
Assalamualaikum...
Hanya tinggal 24 hari sahaja lagi untuk Sistem Operasi Ubuntu 12.04 LTS a.k.a Precise Pangolin akan dilepaskan..Ianya dijangka akan dilepaskan (release) pada 26 April ini. Apakah pembaharuan yang dilakukan pada Precise Pangolin berbanding Oneiric Ocelot iaitu Ubuntu 11.10 sebelum ini? Sama-sama kita nantikan..
Subscribe to:
Posts (Atom)