Assalamualaikum...
Kepada pengguna dan penggemar Sistem Operasi Ubuntu terutama di sekitar KL & Selangor, Ubuntu Malaysia LoCo Team akan menganjurkan satu acara iaitu Ubuntu Precise Pangolin Release Party.
Maklumat acara adalah seperti berikut.
Tarikh : April 29, 2012
Masa : 10.00 pagi - 6 petang
Tempat : 20 Jalan Dahlia 9/4 Taman Dahlia Bandar Baru Salak Tinggi Sepang 43900 Selangor.
Undangan dibuka sehingga 12/4/2012. Untuk memberikan masa kepada pihak penganjur menjalankan perbincangan dan persiapan yang perlu. Bagi sesiapa yang berminat, bolehlah sahkan kehadiran anda di SINI.
Aktiviti yang dicadangkan:
1. Pemecahan air batu (ice-breaking)
2. Gotong-royong masak
3. Pemasangan 12.04 ramai2
4. Perbincangan tentang Precise
5. Perbincangan tentang Ubuntu-My
6. Games n stuff
7. Tukar2 hadiah (1 keluarga 1 hadiah, kurang dari RM10)
8. Gotong-royong bersih rumah
Mari sama-sama memeriahkan acara [",]
No comments:
Post a Comment