Sunday, 25 November 2012

Preview Distro: Linux Mint Debian

Linux Mint Debian merupakan salah satu distro yang dibina oleh pembangun Linux Mint bertujuan untuk membolehkan pengguna baru berjinak-jinak dalam distro Debian. Linux Mint Debian berbeza dengan distro Debian yang asli kerana Linux Mint Debian menekankan aspek mesra pengguna dan juga prestasi sesebuah distro tersebut.



Linux Mint Debian adalah distro yang dibina berasaskan distro Debian Testing yang sememangnya menerima kemaskini yang kerap setiap hari dan ia hanya sesuai digunakan oleh pengguna yang mahir dalam distro Linux.



Perbezaan antara Linux Mint Debian dengan Linux Mint versi Ubuntu yang biasanya dikeluarkan:

1. Linux Mint Debian menggunakan repo Debian sedangkan Linux Mint versi biasa hanya pula menggunakan repo Ubuntu walaupun kedua-dua distro tersebut pula menggunakan repo Linux Mint.

2. Linux Mint Debian adalah distro jenis "rolling release". Ini bermakna jika ada versi baru yang dikeluarkan, anda tidak perlu memasang semula distro tersebut untuk mendapatkan versi terbaru seperti yang dilakukan oleh distro Linux Mint versi Ubuntu.

3. Linux Mint Debian adalah distro yang bersifat "bleeding edge" ataupun "hujung yang berbisa" yang bermakna distro ini biasanya akan mengalami pepijat secara sedar ataupun tidak disedari.



Anda bolehlah memuat turun distro ini melalui pautan berikut:
http://www.linuxmint.com/download_lmde.php

No comments:

Post a Comment