Saturday, 27 October 2012

Perbezaan antara Ubuntu & Linux Mint

Ubuntu vs Linux Mint

Ubuntu & Linux Mint merupakan distro Linux yang semakin berkembang. Walaupun kedua-dua distro tersebut mempunyai persamaan, namun berbeza dari segala aspek. Ada yang mengatakan bahawa Ubuntu adalah lebih baik berbanding Linux Mint dan juga sebaliknya. Hari ini, saya akan menulis sedikit sebanyak mengenai kedua-dua distro Linux tersebut.


Ubuntu
Ubuntu merupakan salah satu distro Linux yang popular yang dibangunkan oleh Cannonical, salah sebuah syarikat yang berpangkalan di England. Ubuntu dibangunkan dengan tujuan untuk menarik minat pengguna Windows dan Mac OSX untuk beralih kepada sistem operasi berasaskan Linux dengan antaramuka yang menarik dan juga mesra pengguna.


Linux Mint
Linux Mint merupakan salah sebuah distro Linux yang dibina berasaskan distro Ubuntu dan mempunnyai pelbagai fungsi tambahan yang ketika itu tidak disediakan dalam distro Ubuntu termasuk audio dan video codec di samping sokongan java dan flash. Tidak seperti Ubuntu yang menggunakan antaramuka Unity sebagai antaramuka default, Linux Mint menggunakan antaramuka yang dibina oleh pembangun Linux Mint sendiri, iaitu Cinnamon (pengganti antaramuka Gnome3 Shell) dan juga MATE (pengganti antaramuka Gnome2 yang telah diberhentikan pembangunannya). Linux Mint juga menyediakan versi distro Debian iaitu Linux Mint Debian.


Persamaan antara Ubuntu & Linux Mint
Ubuntu & Linux Mint mempunyai pelbagai persamaan iaitu:

1. Kedua-dua distro adalah berasaskan dari distro Debian. Ini bermakna sistem pemasangan aplikasi menggunakan format fail pakej .deb dan menyokong cara pemasangan melalui apt-get, aptitude & apt-url.

2. Kedua-duanya menggunakan teknologi Linux dan apparmor yang sama. Maka kedua2nya memiliki tahap keselamatan yang sama.

3. Keduanya2 melepaskan versi baru setiap 6 bulan. Tetapi, Mint akan lewat 1-2 bulan kerana dia sebenarnya berasaskan Ubuntu.


Perbezaan antara Ubuntu & Linux Mint
Walaupun Ubuntu & Linux Mint mempunyai persamaan, namun kedua-dua distro tersebut berbeza iaitu:

1. Perbezaan am seperti antaramuka desktop, tema, gaya dsb.

2. Ubuntu & Linux Mint mempunyai sistem repositori aplikasi yang berbeza. Ini bermakna, Ubuntu & Linux Mint mempunyai sistem kemaskini, apt-get & pusat perisian yang berbeza walapun menyokong repo Ubuntu & Debian

3. Kernel Linux Mint sedikit kemaskini berbanding Ubuntu. Ini bermakna Linux Mint mempunyai sokongan terhadap beberapa perkakasan tambahan berbanding Ubuntu.


Walaupun Ubuntu & Linux Mint mempunyai persamaan & perbezaan, perlu diingatkan bahawa kedua-dua distro Linux juga mempunyai pro & kontra yang tersendiri. Saya pun malas nak tulis panjang lebar mengenai ini & setiap orang masing-masing mempunyai citarasa yang tersendiri...Sekian.



Friday, 26 October 2012

Tips: Apa Yang Anda Perlu Lakukan Selepas Memasang Ubuntu 12.10 Quantal Quetzal

Ubuntu 12.10 baru sahaja dilepaskan kelmarin & terdapat beberapa fungsi terbaru diperkenalkan. Selepas selesai sahaja anda memasang Ubuntu 12.10 tersebut, apa yang anda kena buat selepas ini? Di sini, saya akan menulis tips mengenai ini supaya Ubuntu 12.10 yang anda pasang tadi kelihatan lebih menarik dan lancar.

1. Kemaskini Aplikasi

Buka Menu Unity dan cari "Software Updater" dan anda perlu mengemaskini segala aplikasi yang dipasang di dalam Ubuntu 12.10 tersebut.


Anda juga boleh melakukan proses ini melalui terminal, tetapi anda memelukan kata laluan untuk membolehkan arahan tersebut dijalankan.
sudo apt-get update
sudo apt-get upgrade

Tuesday, 16 October 2012

Perkara yang Perlu Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu 12.04 LTS

Assalamualaikum..

Entri kali ini admin ingin berkongsi mengenai perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas memasang sistem operasi Ubuntu.




1. Pasang Codec

sudo apt-get install ubuntu-restricted-extras
sudo apt-get install non-free-codecs libxine1-ffmpeg gxine mencoder totem-mozilla icedax tagtool easytag id3tool lame nautilus-script-audio-convert libmad0 mpg321 mpg123libjpeg-progs
2. Kemaskini Sistem Operasi

Baru pasang bukan bererti 'up-to-date'. Mungkin ada pakej yang telah dinaiktaraf? Gunakan baris perintah ini untuk melakukannya:
sudo apt-get update && sudo apt-get upgrade
3. Pasang Pemain Flash Untuk Pelayar Web

sudo apt-get install flashplugin-installer

4. Pasang Ubuntu Tweak

sudo add-apt-repository ppa:tualatrix/ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get install ubuntu-tweak

5. Pasang MyUnity

sudo add-apt-repository ppa:myunity/ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get install myunity
Sebenarnya MyUnity telah pun ada dalam repository rasmi Ubuntu 12.04. Jadi jika anda tidak mahu menggunakan PPA, cukup sekadar menggunakan baris perintah sudo apt-get install myunity.

6. Pasang Gnome Tweak Tool (Advance Settings)

sudo apt-get install gnome-tweak-tool
P/S : Dengan memasang Gnome Tweak Tool, bererti anda telah memasang Gnome Shell pada sistem operasi Ubuntu anda.

7. Pasang Synaptic Package Manager

sudo apt-get install synaptic

8. Berikan Sokongan Global Menu Pada Libre Office

sudo apt-get install lo-menubar

9. Pasang uGet Download Manager
sudo add-apt-repository ppa:plushuang-tw/uget-stable
sudo apt-get update && sudo apt-get install uget
P/S : Sila ambil perhatian, jika PPA di atas masih belum dikemaskini untuk Precise Pangolin dan anda mendapati ralat terjadi, anda boleh cuba pasangkan dengan baris perintah sudo apt-get install -f atau anda boleh cuba gunakan uGet Development PPA ini:
sudo add-apt-repository ppa:plushuang-tw/uget-devel
sudo apt-get update && sudo apt-get install uget
Kalau tak boleh juga? Hanya gunakan sudo apt-get install uget atau Pasangkan JDownloader!

10. Pasang XBMC
Rujuk pautan ini
Anda mahu pasang apa lagi? Mahu pasang tema? Mahu pasang MATE Desktop? Mahu pasang Wine?JDownloader? Atau VLC? Ahhh. Namakan saja, hampir semuanya ada dalam blog ini! Anda cuma perlu rajinkan diri menggunakan kotak carian yang terdapat diatas atau gunakan OMG! Sitemap?. Terima kasih!


Sumberhttp://www.omghackers.com

Wassalam..

Friday, 12 October 2012

Remote Ubuntu Desktop Via Smartphone

Assalamualaikum...

Hari ni, admin nak mengajar dan menceritakan bagaimana untuk remote Ubuntu desktop via Android Smartphone.

Ikut setiap step dibawah dengan betul.

1. Perlukan internet.

2. Buka app desktop setting dan ikuti gambar dibawah.


Backbox Linux

BackBox Linux adalah distro Linux yang berasaskan Ubuntu. Ia telah dibangunkan untuk melaksanakan ujian penembusan (penetration test) dan penilaian keselamatan (security assessment)

BackBox Linux ini direka untuk menjadi cepat, mudah untuk digunakan dan menyediakan persekitaran desktop yang minimum dan lengkap.

  [Sumber Gambar | Paparan muka Backbox Linux]

Aplikasi-aplikasi (tools) yang terdapat dalam Backbox Linux ini tidaklah sebanyak seperti yang terdapat dalam BackTrack, namun untuk permulaan ini, cukup rasanya bagi anda yang ingin mengenali dan mempelajari tentang asas penetration test.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Backbox Linux ini boleh lah layari www.backbox.org. Anda juga boleh muat-turun perisian BackBox Linux ini di laman web rasmi BackBox Linux.

Pengenalan Ringkas Terhadap Ubuntu, Salah Satu Distro Linux

Apa itu Ubuntu Linux?

Salam semua...hari ini saya akan menerangkan secara ringkas mengenai Ubuntu iaitu salah satu sistem operasi yang berasaskan daripada platform Linux.


Logo Ubuntu

Untuk pengatahuan semua, Ubuntu merupakan sistem operasi yang berasaskan daripada platform Linux. Fungsinya lebih kurang seperti sistem operasi yang lain seperti Windows dan juga Mac OSX, namun Ubuntu mempunyai banyak perbezaan berbanding sistem operasi yang lain.