Ubuntu & Linux Mint merupakan distro Linux yang semakin berkembang. Walaupun kedua-dua distro tersebut mempunyai persamaan, namun berbeza dari segala aspek. Ada yang mengatakan bahawa Ubuntu adalah lebih baik berbanding Linux Mint dan juga sebaliknya. Hari ini, saya akan menulis sedikit sebanyak mengenai kedua-dua distro Linux tersebut.
Ubuntu
Ubuntu merupakan salah satu distro Linux yang popular yang dibangunkan oleh Cannonical, salah sebuah syarikat yang berpangkalan di England. Ubuntu dibangunkan dengan tujuan untuk menarik minat pengguna Windows dan Mac OSX untuk beralih kepada sistem operasi berasaskan Linux dengan antaramuka yang menarik dan juga mesra pengguna.
Linux Mint
Linux Mint merupakan salah sebuah distro Linux yang dibina berasaskan distro Ubuntu dan mempunnyai pelbagai fungsi tambahan yang ketika itu tidak disediakan dalam distro Ubuntu termasuk audio dan video codec di samping sokongan java dan flash. Tidak seperti Ubuntu yang menggunakan antaramuka Unity sebagai antaramuka default, Linux Mint menggunakan antaramuka yang dibina oleh pembangun Linux Mint sendiri, iaitu Cinnamon (pengganti antaramuka Gnome3 Shell) dan juga MATE (pengganti antaramuka Gnome2 yang telah diberhentikan pembangunannya). Linux Mint juga menyediakan versi distro Debian iaitu Linux Mint Debian.
Persamaan antara Ubuntu & Linux Mint
Ubuntu & Linux Mint mempunyai pelbagai persamaan iaitu:
1. Kedua-dua distro adalah berasaskan dari distro Debian. Ini bermakna sistem pemasangan aplikasi menggunakan format fail pakej .deb dan menyokong cara pemasangan melalui apt-get, aptitude & apt-url.
2. Kedua-duanya menggunakan teknologi Linux dan apparmor yang sama. Maka kedua2nya memiliki tahap keselamatan yang sama.
3. Keduanya2 melepaskan versi baru setiap 6 bulan. Tetapi, Mint akan lewat 1-2 bulan kerana dia sebenarnya berasaskan Ubuntu.
Perbezaan antara Ubuntu & Linux Mint
Walaupun Ubuntu & Linux Mint mempunyai persamaan, namun kedua-dua distro tersebut berbeza iaitu:
1. Perbezaan am seperti antaramuka desktop, tema, gaya dsb.
2. Ubuntu & Linux Mint mempunyai sistem repositori aplikasi yang berbeza. Ini bermakna, Ubuntu & Linux Mint mempunyai sistem kemaskini, apt-get & pusat perisian yang berbeza walapun menyokong repo Ubuntu & Debian
3. Kernel Linux Mint sedikit kemaskini berbanding Ubuntu. Ini bermakna Linux Mint mempunyai sokongan terhadap beberapa perkakasan tambahan berbanding Ubuntu.
Walaupun Ubuntu & Linux Mint mempunyai persamaan & perbezaan, perlu diingatkan bahawa kedua-dua distro Linux juga mempunyai pro & kontra yang tersendiri. Saya pun malas nak tulis panjang lebar mengenai ini & setiap orang masing-masing mempunyai citarasa yang tersendiri...Sekian.
No comments:
Post a Comment