Salam semua...hari ini saya akan menerangkan secara ringkas mengenai Ubuntu iaitu salah satu sistem operasi yang berasaskan daripada platform Linux.
Logo Ubuntu
Untuk pengatahuan semua, Ubuntu merupakan sistem operasi yang berasaskan daripada platform Linux. Fungsinya lebih kurang seperti sistem operasi yang lain seperti Windows dan juga Mac OSX, namun Ubuntu mempunyai banyak perbezaan berbanding sistem operasi yang lain.
Contoh antaramuka sistem operasi Ubuntu Linux
Apakah perbezaan antara sistem operasi Ubuntu dengan sistem operasi yang lain?
Tidak dapat dinafikan bahawa walaupun Ubuntu mempunyai fungsi yang hampir sama dengan sistem operasi Windows mahupun Mac OSX, namun ia mempunyai banyak perbezaan.
Perbezaan antara Ubuntu dengan sistem operasi yang lain:
Ciri-ciri sistem operasi Ubuntu Linux:
--> 1. Percuma. Ubuntu Linux adalah percuma dan ini bermakna anda tidak perlu membayar sesen pun untuk memiliki sistem operasi dan juga bebas untuk berkongsi CD pemasangan Ubuntu Linux kepada kawan-kawan dan sahabat handai anda, berbanding Windows dan Mac OSX yang hanya boleh digunakan oleh seorang pengguna sahaja dan anda terpaksa membelanjakan sebahagian wang anda untuk memiliki salinan asli Windows mahupun Mac OSX melainkan muat turun secara haram kalau tak mampu.
Nota: Dalam dunia sumber terbuka, tiada istilah asli mahupun cetak rompak, seperti juga dengan sistem operasi Ubuntu dimana tiada istilah yang sebegini.
--> 2. Laju dan stabil. Ubuntu sememangnya laju dan lebih stabil berbanding Windows dan anda tidak perlu risau terhadap masalah yang menimpa diri anda terutama masalah skrin biru mati ataupun dikenali sebagai Blue Screen Of Death (BSOD) yang sinonim di kalangan platform Windows. Kalau tak percaya, cuba muat turun distro Ubuntu dan rasailah kehebatannya!
--> 3. Antaramuka yang lawa dan kemas. Dengan adanya antaramuka Unity, ternyata ia menjadikan Ubuntu Linux sebagai sistem operasi yang mempunyai antaramuka yang begitu lawa dan menarik. Malah, anda juga boleh memasang bermacam-macam jenis antaramuka yang ada seperti Gnome, KDE, XFCE, LXDE dan lain-lain, tidak seperti platform Windows mahupun Mac OSX yang hanya menggunakan satu jenis antaramuka sahaja.
Contoh antaramuka Gnome3 yang dipasang pada Ubuntu 12.04. Walaupun antaramuka ini tidak dibekalkan secara default, anda boleh memasangkannya pada sistem operasi Ubuntu tersebut.
--> 4. Pemasangan lebih laju dan ringkas. Ubuntu sememangnya laju dari segi masa untuk memasang sistem operasi ke dalam komputer anda berbanding Windows yang hanya memakan masa selama 30 minit dan cara set-up Ubuntu Linux adalah lebih ringkas. Anda tak perlulah nak letak kekunci produk mahupun "crack" pada Ubuntu. Lepas pasang, anda boleh buat apa sahaja!
--> 5. Tahap keselamatan yang lebih utuh. Anda tidak perlu risau mengenai ancaman virus mahupun malware pada komputer anda. Ini kerana Ubuntu Linux kebal terhadap ancaman virus yang selalunya disasarkan terhadap platform Windows mahupun Mac OSX.
--> 6. Pelbagai applikasi alternatif yang disediakan Jika dalam platform Windows, anda sudah biasa dengan MS Office, tetapi bagaimana pula dengan Ubuntu Linux? Jangan risau sebab dalam Ubuntu, terdapat pelbagai perisian yang disediakan dalam CD pemasangan Ubuntu Linux tersebut. Antaranya LibreOffice (alternatif kepada MS Office), Rhythmbox (alternatif kepada Windows Media Player), pelayar web Firefox, dan macam-macam lagi applikasi yang ada di dalam sistem operasi Ubuntu tersebut.
Ok....sekian sahaja penerangan ringkas lagi padat mengenai sistem operasi Ubuntu. Sekian...
Anda bolehlah memuat turun distro Ubuntu melalui halaman ini:
http://www.ubuntu.com/
INFO:Artikel ini ditulis oleh saya sendiri iaitu Amir Zaim Mohd Zaini dan saya merupakan pelajar Diploma Sains Komputer Tahun Akhir dan mula berjinak-jinak dengan sistem operasi Ubuntu sejak saya masih pelajar semester pertama di UiTM Perlis lagi.
kita juga punya nih jurnal mengenai ubuntu, silahkan dikunjungi dan dibaca , berikut linknya
ReplyDeletehttp://repository.gunadarma.ac.id/bitstream/123456789/1254/1/20107055.pdf
semoga bermanfaat yaa :)